Sunday, 8 May 2016

Semua pendosa

Assalamualaikum

Ni blog kedua jay sebelum start midyear exam yang bertajuk 'Semua pendosa'

*Harap dengan blog kali ni boleh bagi korang sentap dan nangis dengan perangai korang sendiri :)

Semua Pendosa
Memang. Manusia memang tak boleh lari daripada buat kesilapan. Setiap orang pasti pernah melakukan dosa. Kecil atau besar , sengaja atau tak sengaja dan tertutup mahupun terbuka.

Soalan sekarang... Antara banyak banyak golongan pendosa.. KAU YANG MANA SATU?
  1. Ada golongan yang melakukan dosa, dalam keadaan dia sendiri sedar itu adalah dosa. Belajar hukum hakam, halal haram tapi ilmunya tidak amalkan. Ibarat beli pinggan mangkuk mahal-mahal, hanya untuk dipamerkan didalam almari kaca sahaja. ( Contoh Merokok ) 
  2. Ada golongan orang yang buat dosa tapi disebabkan dia malas belajar maka dia jahil, dia tak tahu pun benda tu dosa. Bila ada yang nak mengajar , dia tutup telinga. Alasannya ' Sorry, aku tak ada masa.. ' Dan akhirnya, nikmat dan istidraj sudah tidak dapat dibezakan lagi. ( Contoh riba , rasuah )
  3. Ada orang yang berbuat dosa dan dia malu untuk dedahkan dosa dia kepada orang lain. Didepan orang ramai, dialah ustaz , imam , pendakwah ( didalam media sosial mahupun realiti ) tetapi dibelakang orang, dialah orang yang paling fasik sekali contohnya tengok biru 'if you know what mean hehe' Itu belum masuk dosa dosa yang berpunca daripada penyakit hati lagi seperti ujub , riak. 
  4. Sesetengah orang pulak taktahu apakah itu perasaan malu. Depan orang, belakang orang sama sahaja baginya ( orang yang top/femes tak kiralah di laman sosial atau realiti yang taktahu mana satu yang berdosa dengan tak berdosa ) Bahkan ada yang berbangga, dan mempertahankan dosa mereka. Contoh '' Atleast aku tak hipokrit macam kau! Lagipun tiada paksaan dalam agama! '' Sehingga menggunakan hujah-hujah agama untuk membela dosa masing-masing. Contohnya Menipu orang ramai dan diri sendiri :(( 
  5. Ada juga golongan yang memilih-milih. Yang mana yang dia rasakan dosa besar , dia tinggal macam arak , babi. Yang mana yang dia rasakan dosa kecil..... dia buat ( peluk dengan ajnabi ) Sehingga dia lupa akan pesanan Nabi Muhammad SAW didalam khutbah baginda yang terakhir. ''Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah putus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar , maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. '' 
  6. Ada orang lupa bahawa dosa ini ibarat titik-titik hitam. Setiap kali berdosa, titik-titik hitam ini akan muncul. Sedikit-demi sedikit, menutup segenap ruang dan dimensi hati sehingga akhirnya hatinya buta hingga takdapat melihat lagi :((
Dan sesungguhnya kesemua dosa yang dilakukan pasti akan diadili. Balasan dan azab akan menanti.. Buat mana-mana pendosa... Kecuali satu golongan... Merekalah golongan pendosa yang apabila mereka melakukan sesuatu dosa... Mereka segera bertaubat dengan taubat nasuha. 

Katakanlah: 'Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ( dengan perbuatan dosa ), Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. '' ( Surah Al-Zumar: 53 ). 

Jadi , sekali lagi jay nak bertanya... Antara banyak-banyak golongan pendosa..
Korang yang mana satu? A.... Aku.... 

TAMAT

*Share this blog dengan kawan kawan anda 
*Subscribe this blog! 
*Jangan lupa baca first post yang bertajuk 'Anak muda di Malaysia zaman sekarang'
*Komen lepas dah baca :)
Nak beri cadangan boleh la komen dekat ruangan komen ye , Insya allah jay buat nanti ;)

Thursday, 28 April 2016

Anak muda di Malaysia zaman sekarang.

Assalamualaikum.

Ni first post jay nak sembang tentang ' Anak muda di Malaysia zaman sekarang '

Jay takdelah nak cakap anak muda sekarang takbaik tapi sememangnya benar bukan semua tapi sesetengah kang satgi jay cakap semua , mulalah jay kena bash huhuhu.

Harap korang baca sampai habis :)) penat jay blog tapi takbaca sampai habis huhu :((


ANAK MUDA DI MALAYSIA ZAMAN SEKARANG.  

  1. Sanggup gadai maruah diri / tubuh badan jika ada seseorang sanggup payung benda mahal.
  2. Nak top sanggup buat benda bodoh yang mengaibkan diri sendiri. 
  3. Meroyan bila perempuan lain kebas bf sendiri , kena reject dengan BF/GF nak bunuh dirilah apalah, ada jugak yang hiris tangan sikit bagi darah acah acah tanda sayang pada kekasih ale uto takpe takpe asalkan jangan isap gam k huhu
  4. Buat benda / perangai bodoh bila dah viral , marah taktentu pasal. ibarat macam marah diri sendiri sebab tunjuk kebodohan diri sendiri. 
  5. Berjimak memang salah bagi yang couple tu yang lagi salah dahlah berjimak pastu post kat media sosial? bodo? tapi bila kena kecam kat internet mulalah nak ajak gaduh bagai. KIDS!
  6. Couple sebab nak barang je pastu dah dapat kena tinggal.
  7. Hipster ( tengah trend sekarang ) dulu aku ingat hipster ni pakai snowcap je tetiba ada yang bawak ilmu hipster baru, rasanya semua dah tau :)
  8. Penebar Roti Canai / Sotong kepanasan di KLCC, Umur remaja ni senang dipengaruhi maka kita sendiri boleh nampak kebodohan anak muda sekarang.
  9. Takdapat keluar rumah nak jumpa BF/GF , merajuk dengan ibubapa? Hidup terlalu singkat untuk merajuk dengan ibubapa ni, so stop!
  10. Derhaka dengan ibubapa ada dalam kalangan remaja cuma jarang dijumpai.
  11. Budak wechat yang pelik.
  12. Tak copy nama Allah tapi dah janji , akan masuk neraka -__- INI SEMUA KARUT (kebanyakkan di facebook)
  13. Couple sesama jantina akibat kecewa cinta ditolak.
  14. Pakai tudung didalam sekolah , bila luar sekolah freehair? nampak macam peraturan sekolah lagi kau takut. 
  15. Kena break pastu nangis update status / moment.., Macam mintak simpati 
  16. Couple panggil mama , papa. geli sial
  17. Didepan nampak baiknya tapi dibelakang hmm. ( Contoh Munafik )
  18. Manusia seakan akan anjing samada perangai atau jelir lidah.
  19. Disebabkan nak hot , bukak tudung. ( Ni terjadi kat IG ) 
  20. Bangga buat dosa , malah ada yang sokong.
  21.  Agama belakang cerita asalkan nice.

Ada lagi lebih 21 tapi buat setakat ni bagi 21 jelah. 21 perangai korang yang mana satu?
Confirm ramai yang tersipu sipu nak bagitau.

 *Blog ini bukan untuk menghina atau mengaibkan sesiapa cuma untuk bagi korang pengajaran dan kesedaran samada kau jahil atau tidak. Barulah kita akan dapat penduduk Malaysia yang cemerlang , gemilang dan terbilang!

*Share this blog dengan kawan kawan anda 
*Jangan lupa subscribe this blog! 
*Komen lepas dah baca :)

Nak beri cadangan boleh la komen dekat ruangan komen ye , Insya allah jay buat nanti ;)